Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua..last week saya ada terbaca article yang di-share dalam Facebook tapi tak ingat siapa yang share so tak boleh nak creditkan..terus copy paste dalam notes and now rasa terpanggil plak nak share Parenting TIPS dalam blog ni
Biasakan kita dengar peribahasa “Sayang anak tangan-tangankan”…hmmm tangan-tangankan yang macam mana tu? For sure bukanlah belasah sampai lebam2..tu mendera namanya..I’m sure you’re not one of that kind of parents. Kan?

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;
1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Sering mengeluh di hadapan anak-anak
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8)Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Ada tak kita terbuat mana-mana dalam 40 list nih..? Kalau ada mana-mana, UBAHLAH..cari jalan penyelesaian terbaik..I’m not perfect either..! Masih lagi mencari ilmu Parenting TIPS..sekarang anak masih lagi kecik..as they grow they will have their own emotions and own opinion about everything. So, as a parent we must play our role in their life from the very beginning.
Bak kata orang tua-tua, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”
Anak2 kita adalah Amanah Allah. Tanggungjawab kita untuk beri yang terbaik buat mereka. Sama-sama kita muhasabah diri dan usaha untuk buat yang terbaik demi masa depan anak-anak kita
These are just some of Parenting TIPS that I can share at this moment. Will update more from time to time yea
Love,
Shidah